Qamar, Shahar dan Hilal mempunyai akar kata (root word) yang berbeza. Ianya bukan perkataan seerti walaupun ketiga-tiga perkataan ini digunakan didalam al-quran bagi menjelaskan fenomena "bulan".
Mohamed Ashraf Abdul Munim
------------------------------------------
Semalam rancangan Halaqah TV9 telah menjadikan ANAK BULAN sebagai tajuk perbincangan.
Terus terang saya katakan bahawa setelah meneliti perbahasan mengenai isu hilal ramadhan selama hampir lebih 10 tahun, secara peribadi saya mempunyai pandangan di "luar kebiasaan" dalam soal penetapan kalendar Islam mahupun awal ramadhan.
Sebenarnya Isu ikhtilaf (perbezaan) dalam soal penetapan awal ramadhan, shawal atau bulan-bulan Islam sentiasa berlaku setiap tahun. Ada pebagai kaedah dan mazhab dalam kaedah rukyah mahupun hisab.
Menurut salah seorang panelis semalam, bagi Kaedah hisab umpamanya, terdapat sekurang-kurangnya tiga mazhab yang berbeza pendapat dalam penetapan awal bulan sebagai contohnya:
1. Awal bulan di kira apabila berlaku selisih pada kedudukan bulan dan matahari (sun-moon conjuction point)
2. Awal bulan di kira apabila berlaku selisih pada kedudukan bulan dan matahari (sun-moon conjuction point) dan mesti melepasi ke timur matahari dan mesti berada di atas ufuk (above horizon)
3. Awal bulan di kira apabila berlaku pada selisih kedudukan bulan dan matahari (sun-moon conjuction point) melepasi ke timur matahari dan mesti berada di atas ufuk (above horizon) dan kedudukan bulan pula mesti dalam posisi boleh tampak (visibility).
Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment