Saturday, April 19, 2008

Najib Pembawa Zaman Gelap

"Malah minggu lalu media arus perdana juga 'terjerat' dengan tipu helah Dr Mahathir apabila melaporkan Najib bukan lagi satu pilihan. Kenyataan Dr Mahathir ini bertujuan "menaikkan syahwat" Razaleigh dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang perdana menteri"

Hishamuddin Rais, 16/04/08
---------------------------------------------------

Dr Mahathir Mohamad telah memerangkap Tengku Razaleigh Hamzah membuka tirai – dengan mesyuarat agung tergempar - untuk mengetepikan Abdullah Ahmad Badawi.

Untuk entah ke berapa kali Razaleigh telah dijadikan batu loncatan oleh Dr Mahathir. Razaleigh mewakili politik lama, politik era Tunku Abdul Rahman – politik the British clubby gentleman – yang menuntut setiap kata dikotakan.

Era dan zaman itu telah lama selesai. Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah. Bahayanya, Dr Mahathir inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan dan ke zaman autokrasi.

Justeru, Dr Mahathir sedang merancang untuk menobatkan Mohd Najib Razak.

Sayugia, perlu kita berwaspada dan mengetahui kenapa bekas perdana menteri itu memilih Najib? Kita wajib memahami sebab-musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang mahu dibawa oleh timbalan perdana menteri ini.

Kenapa Mahathir kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat sedang merancang untuk menaikkan Najib?

Malah minggu lalu media arus perdana juga 'terjerat' dengan tipu helah Dr Mahathir apabila melaporkan Najib bukan lagi satu pilihan.

Kenyataan Dr Mahathir ini bertujuan menaikkan syahwat Razaleigh dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang perdana menteri.

Sebenarnya perkembangan ini suatu tipu helah jenis Si Kitul.

(Siapa Kitul? Sila rujuk Sejarah Melayu, kitab naratif kesejarahan lisan orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau, memahami yang kini dan pedoman masa hadapan)

Untuk memahami siapa Najib, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Dr Mahathir memilih menteri-menteri kabinet dan para running dog (baca dengan maksud sastera) yang mengelilinginya.

Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir.

Contohnya Abdul Rahim Thamby Chik - dengan isu cinta berahi anak gadis bawah umur - menjadi orang kepercayaan Dr Mahathir. Arwah Megat Junid Ayub - dikaitkan dengan kematian wanita pemilik kedai video - menjadi pembantu dan menteri setia Dr Mahathir. Shahidan Kassim, terlibat dengan kemasukan beras ke Perlis, dijadikan menteri besar Dr Mahathir yang setia.

Dr Rais Yatim, seketul mayat politik, telah diberikan nafas oleh Dr Mahathir sehingga sanggup meminum air basuh kaki Dr Mahathir yang pada suatu ketika dahulu dikutuknya.

Rafidah Aziz si tukang lipat terlibat dalam agihan AP (permit kenderaan import), manakala tukang lipat spesies jantannya pula Nazri Aziz yang tersangkut dengan 600 permit teksi.

Mereka ini menteri setia dalam kabinet Mahathir. Mereka ini akan terus menderam dan melolong jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Dr Mahathir.

Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisan yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Dr Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Dr Mahathir.

Apa sangkut-paut semua ini dengan Najib?

Najib bersarang di lubuk semua rasuah. Najib ibu kepada semua masalah. Najib terkait dengan keterangan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dakwaan ini bukan lagi tohmahan - di mahkamah, seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib Razak pernah berjumpa dengan Altantuya.

Najib lebih daripada seketul mayat politik berbanding Rais Yatim. Najib lebih banyak menyondol daripada Rahim. Najib berjuta-juta kali menerima rasuah daripada Rafidah dan Nazri.

Manusia seperti Najib ini adalah "model" (bukan model wanita) yang terbaik dalam bacaan politik Dr Mahathir. Manusia Najib ini boleh menjadi running dog (sekali lagi, baca dengan maksud sastera) yang paling setia kepada Dr Mahathir.

Dalam congak politik orang tua itu, Najib akan meneruskan dinastinya - sesudah Najib akan dimasukkan Hishamuddin Hussein, si penjulang keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul.

Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar menyerang dengan salakan-salakan kecil menghala ke arah Abdullah Ahmad Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang dicita-citakan oleh Dr Mahathir.

Jadi siapa sebenarnya Najib?

Najib Razak pembawa zaman gelap dalam budaya politik Malaysia. Najib akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala di Malaysia.

Dari segi pembudayaan, Najib pasti akan ingin lebih Islam daripada PAS, lebih lebai daripada Lebai Kulup.

Dengan latar belakang keilmuannya yang cetek, Najib demi membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang 'dianggapnya' Islam.

Najib Razak yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.

Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. Kulitan Islam ala Najib ini bukan lagi fenomena "jantan di barisan lain dan betina di barisan lain" - ia akan terjadi lebih daripada itu.

Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu (dulu) tetapi akan lebih Islamik daripada itu.

Buktinya: Tiga tahun dahulu, ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai 'ilmuwan Islam' telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa orang Melayu-Islam tidak boleh berkongsi Deepavali dengan penganut Hindu.

Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah disambut dan disokong oleh Najib. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah disangkal oleh Abdullah Ahmad Badawi. Beginilah contoh Islam kapal selam.

Seorang insan yang terkait dalam keterangan kes mahkamah akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci daripada Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze.

Sila ingat kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak, guruh pun tidak, tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam daripada kapal selam.

Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja beliau.

Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang - ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib.

Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib, jumlah ini wang komisen.

Inilah dia sosok yang sedang dirancang dan sedang diuli oleh Dr Mahathir untuk dijadikan perdana menteri.

Kenapa Dr Mahathir pilih Najib?

Dr Mahathir sendiri kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin dan sederetan lagi saudagar-saudagar besar. Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung bawah Dr Mahathir. Mereka dengan bantuan kuasa Dr Mahathir telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun.

Seperti filem seram Rosemary Baby, semua orang yang diharap-harapkan memberikan bantuan rupa-rupanya sebahagian daripada jaringan lanun.

Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.

Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang dibawa oleh Abdullah Ahmad Badawi ini dapat diteruskan, mereka semua akan didakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, dan sesiapa yang menyalahgunakan kuasa akan juga dihadapkan ke mahkamah.

Salah tanggapan jika kita percaya Dr Mahathir mahu Abdullah berundur kerana warisannya sedang dilupuskan. Menaikkan Najib tiada sangkut-paut dengan legacy. Salah bacaan politik jika menganggap bahawa Dr Mahathir lebih sayangkan United Malays National Organisation.

Dr Mahathir terlibat mengharamkan United Malays National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika menganggap bahawa Dr Mahathir berbuat semua ini untuk orang Melayu.

Dr Mahathir mahukan Najib kerana Najib akan menjadi seketul mayat politik dan tidak akan membuat sebarang dakwa-dakwi terhadap Dr Mahathir dan lanun-lanun yang lain.

Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Dr Mahathir akan diteruskan oleh Najib.

Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib sebagai pilihan tepat Dr Mahathir, sila tanya diri sendiri: Sudah sampaikah masanya Malaysia menerima perdana menteri baru yang terkait dalam keterangan kes Mongolia? Apakah seseorang terkait boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Tuesday, April 15, 2008

Babi...O Babi ! - Part 2

Foto lelaki 'di sebalik' projek babi
Malaysiakini, Apr 16, 08 11:46pm

Kerajaan Selangor mendedahkan foto-foto yang membuktikan pentadbiran BN sebelum ini berhasrat membangunkan projek ladang berpusat penternakan babi di Kuala Langat.

Exco kerajaan negeri Yaakob Sapari mendedahkan, antaranya, foto yang menunjukkan pemimpin Umno dan juga wakil rakyat Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, berdiri di luar petak ternakan dengan tangan menunjukkan lambang "bagus".

dr karim mansor german pig farm visit 150408Yaakob berkata foto itu diharapkan boleh menjelaskan kepada ahli-ahli Umno bahawa parti itu tidak menentang projek tersebut.

"Kita harap beliau (Karim) berhenti mempolitikkan perkara itu mulai sekarang," kata Yaakob petang semalam, selepas taklimat projek tersebut kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Karim dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo antara ahli politik Umno yang lantang menentang projek itu yang didakwa diluluskan sejak pentadbiran kerajaan BN lagi

p/s - ada juga ahli politik yang bertindak gila babi bila syarikat asal yang mencadangkan projek babi terlepas peluang untuk menternak babi...hmmm.

Reply by Aqil - Part 2

Reply by Sdr Aqil - Part 2

---------------

Saya masih ragu-ragu berkenaan 99.9% yg dinyatakan. Mungkin 0.01% tersebut hak milik saudara dan pendokong-pendokong yg sewaktu dengannya. Adakah ianya bersandarkan kpd kajian yg valid atau adakah ianya provokasi atau angan-angan semata-mata. Membuat tuduhan tanpa mendtgkan bukti dan fakta adalah sesuatu yg tidak boleh dimaafkan dlm apa jua keadaan.

Sekiranya memang statement tersebut memang datangnya dari penulis blog sendiri, saya amat meyakini bahawa ianya bukanlah datang secara spontan, tetapi setelah melalui pembacaan tanpa guru yang bersifat konsisten yang memakan tempoh yang lama sehingga metod kritikan 110% mengatasi metod pendokong "millatahum" orientalis. (Sila rujuk karya-karya orientalis yg ribuan jumlahnya)

Perbahasan dan kritikan tanpa kaedah-kaedah yang boleh diterima terutamanya di kalangan ilmuan hanya boleh dilihat dan didengar sekadar halwa telinga dan mata tanpa perlu diperdebatkan secara serius.

Saya turut simpati dgn sindiran sinis yg dilemparkan kpd Abu Ayman (dont know who). Kejanggalan saudara mengemukakan kritikan istidlal nas secara tepat seumpama mempersembahkan durian D24 kpd Mat Saleh dgn persembahan yg amat menarik disamping menyelitkan racun paraquat di dalamnya bertujuan menarik dan membunuh...bukan hanya setakat like usual Mat Saleh makan durian.

Berani kerana benar. Kebenaran yang hakiki datangnya dari Tuhanmu. Wallahu a'lam. Wabillahi taufiq wal hidayah.

Regards,

Aqil Ali

Monday, April 14, 2008

Babi...O Babi !

"...From an economic perspective it is better to rear pigs than cows or goat. It is simply more profitable. The pregnancy duration is about 112-115 days compared to goat which is about 150 days or a cow 290 days. At the end of each pregnancy the pig produces between 12- 15 piglets, the goat about 1-2 kids and the cow 1 calf..."

Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman, Malaysia Today, 14 April 08


-----------------------

The Babi and the narrow minded politicians who called themselves Muslims.

First of all, I am appalled at the narrow minded politicians who made the issue of building a centralized and modern pig farming an issue. It is beyond doubt that the real issue here is economy, environmental pollution and improving quality of life in the surrounding community.

The opposition (BN) are making a mockery of this just because of political mileage. I feel when something good is being done; it should promoted by all parties. I have travelled to St Louis , USA where it is also known capital pork of the world. I have visited and stand 3 feet away from a pig pen. There was no smell. It was so dam clean. It is even cleaner than public toilets in Malaysia .

How many of this politician has visited such a farm and how many are involved in goat farming in Malaysia . While goat is Halal in Malaysia , please enter many farms there is in Malaysia and you will see how dirty it is. Islam only prohibits the eating of pork. There is no prohibition of looking at eat or standing next to one. In fact I have yet to find anywhere in the Quran that prevent Muslims from rearing it. During my 15 months tour of duty with UN in Cambodia, many Malay Champa who are strong Muslims rear pigs under their house for economic reason even though they don’t eat them.

From an economic perspective it is better to rear pigs than cows or goat. It is simply more profitable. The pregnancy duration is about 112-115 days compared to goat which is about 150 days or a cow 290 days. At the end of each pregnancy the pig produces between 12- 15 piglets, the goat about 1-2 kids and the cow 1 calf.

From an environmental perspective, it is definitely better to have a central farm where small farmers join hands and run one big and clean farm. This way the cleanliness of our water way will be maintained. Waste management will become the epicentre of the operation. It is more economical to run one big farm than many small farms that is polluting. Overall it is a win win situation for everyone.

It is insulting the way some politician look at the issue. I believe from Islamic perspective it is quite clear. It is the narrow minded politicians that played up the issue that makes it into a Muslim and non Muslim issue and trying to create a bigger racial divide among Malaysians. Sometimes I wonder, which has the lower image , the babi or these politicians. For that aspect, I respect the position taken by PAS on this matter. It has shown that it has handled the issues properly.

I ask all level minded Malaysian and to re look at the “Babi” issue again. Study the real issue properly and make a proper judgment. Overall it will benefit Malaysian from the economic, environmental and quality of life perspective.

--------

p/s - Selebihnya boleh di baca di sini. Komen teman - Kandang babi di Malaysia sangat mengotorkan. Jadi orang Malaysia bila sebut pasal kandang babi, memang tak bole bayang how worst it will be. Walaubagaimanapun kalau nak di buat perbandingan sikap menjaga kebersihan, kandang lembu atau kambing di Malaysia 10x lebih kotor dari kandang babi di Denmark atau Jerman..he.he

Komentar terhadap Sdr Ayman dan Aqil

Sdr Abu Ayman agak tertekan dengan artikel yang diketengahkan. Reaksi pening beliau adalah biasa sebenarnya. Apabila sesuatu perkara yang baru datang dari di luar kerangka pemikiran harian, maka kita yang tidak biasa, akan tersentak dengan perkara tersebut.

Macam Mat Salleh yang tak biasa makan durian, muntah kerana tak tahan dengan baunya, tapi itu tidak bermakna durian tidak bagus atau durian itu beracun.

Terimakasih kerana memberikan komen. Beliau menyebut pasal cinta kepada Islam. Saya bersetuju kita perlu cinta kepada agama. Tapi cinta yang "melulu" tidak akan membawa kita kemana. Sebagai contoh, paderi Kristian pun menyintai agama mereka. Sami Buddha pun menyintai agama mereka. Dalam ertikata lain, cinta sahaja tidak memadai. Cinta perlu disokong dengan realiti, fakta dan analisa agar cinta itu terus bertahan."

Untuk makluman Sdr Aqil pula, saya tidak memetik mana-mana artikel orientalis buat masa ini sebagai sumber penulisan kepada siri artikel yang bertajuk "Millata-Ibrahim atau Millata-hum". Penulisan ini hanya menggambarkan proses pemikiran dan percambahan pemahaman yang sedang berlaku dalam minda penulis..."

Reply by Aqil Ali via Email

Berikut adalah balasan dari Aqil Ali melalui email:

------------------------------------------

Saya masih tertanya-tanya tentang sumber ambilan artikel ini. Selagi mana tidak dapat dipastikan dari mana datang sumber artikel ini, saya beranggapan besar kemungkinan ianya dihasilkan oleh orientalis dan pendokong-pendokongnya...dalam kata lain ianya berpunca dari "millatahum" yang saudara maksudkan. Kerana orientalis, antara pemuka-pemukanya adalah yahudi dan kristian. Mereka tidak layak membahaskan tentang "millat Ibrahim' atas sikap mereka yang totally membenci / anti "millat Ibrahim' dan Islam sepertimana maksud ayat yang terkandung dalam artikel tersebut (wa lan tardha 'anka al-Yahudu wa lan nasoro...)

Sepanjang pembacaan saya mengenai bentuk dan gaya penulisan mereka, perbahasan yang dikeutarakan memang sangat sinonim dengan artikel ini. Bukan salah pada ayat-ayat yang dibawakan tetapi penyelewengan yang melampau pada tafsiran...mungkin sikap benci yang terlampau pada "millat Ibrahim" ditambah pula terlampau terdorong dengan kekuatan akal fikiran semata-mata tanpa merujuk pada pembuktian-pembuktian yang lain.

Sekiranya confirm artikel ini datang dari pendokong "millatahum", so we have no choice la melainkan terpaksa mengabaikannya. Saya rasa enta pun bersetuju untuk mengabaikannya sekiranya ianya bersumber dari orientalis yahudi dan kristian. So, b4 we discuss futher more, better kenalpasti source supaya kita terhindar dari sumber pendokong "millatahum" yang amat anti "millat Ibrahim" dan Islam.

Berani kerana benar. Kebenaran yang hakiki datangnya dari Tuhanmu. Wallahu a'lam. Wabillahi taufiq wal hidayah.

Regards,

Aqil Ali

Sunday, April 13, 2008

Keliru

Assalamualaikum,

Aku tak tau apa yg dia merapu nihhh.....tapi kita kena pi tanya Tok Guru kita..pasai kita mengaji pun bukan tara mana pun...tiba-tiba mai satu hujah kata islam la nii semua mengarut dah..cacamarba..penin aku nih penin...aku mmg tau la Nabi Muhammad tu keturunan Nabi Ibrahim.....pi mai pi mai pun tang tu jugak...ni nak habaq kat hang jgn penin-penin......tapi kita tak bleh peleceh sewenang-wenangnya org alim nihh...org alim ni pun kita kena tengok dia punya akhlak...bukan ulama pengampu mcm kita tengok la nii la...hangpa pun jgn dok merapu dgn dia ni....silap hb hangpa pun naik biul...ingat dia dulu buka ja mata dah pandai mengaji ka..Tapi aku sure la dia ni bukan dari golongan Islam Hadhari..kahkahkahakhakha........kahakkahak...Hangpa semua kena ingat dari 73 jalan tu hanya satu jalan ja yg betui...mungkin dia betui kot...kot kot ja la...tapi kalau dia nak jadi penyelamat umat akhir zaman aku rasa dia pun jauh lagi....nak selamat keluarga sendiri pun belum tentu lagi......habaq mai...

Haa Para Ilmuwan dan Cendekiawan Islam diluar sana...mai la kita bersama-sama menyumbang Ilmu Islam yang ada didlm dada masing-masing jgn simpan. Tak mebaziaq pun sekurang-kurangnya ada anak-anak muda kita yg baru nak paham dgn Islam ni terbuka jugak biji mata depa....baguih jugak....

Apa pun aku bukan nak cari pasai tapi aku cintakan Islam yg dibawa oleh Nabi kita dan seterusnya para alim ulama yg terdahulu dan terkemudian......Ya Allah petiklah hati-hati kami dengan kebenaran mu Ya Allah....wallahualam

Millata-Ibrahim atau Millata-hum ? - Bhg. 3

"...Salah satu peranan penting Al-Quran ialah untuk "musaddiqa" [2] iaitu "mengesahkan" atau "membenarkan" atau dalam bahasa sekarang "to authenticate” apa jua dakwaan2 yang telah dibuat terhadap kandungan taurat dan injil atau apa sahaja kitab2 lain yang dikatakan sebagai ajaran sebenar yang di kehendaki oleh Allah..."

-------------------

Al-Quran sebagai Penanda Aras dan Piawai Kebenaran..

Bertolak dari kecelaruan ini Allah telah mengutuskan Muhammad untuk melakukan pembetulan (correction) kepada kecelaruan yang dihadapi oleh pengikut2 Musa dan Isa (ahlul Kitab). Kedatangan Muhammad juga membawa harapan kepada ummah yang bukan dari kelompok ahli kitab (ummiyyin).

Sebelum dari Nabi Muhammad, Al-Quran turut menjelaskan bahwa proses pembetulan juga dilaksanakan oleh Nabi Isa. Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa untuk membetulkan dakwaan-dakwaan kaum Yahudi terhadap kitab Allah sebelum Injil, iaitu Taurat. Dalam ertikata lain, Injil datang untuk mengesahkan kebenaran (musaddiqa) kandungan Taurat.


“Dan juga (aku [Nabi Isa] datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku”.
[3:50]

Bersamanya di turunkan Kitab baru yang dinamakan al-Quran (The Reading). Salah satu peranan Al-Quran ialah untuk mengesahkan (musaddiqa) [2] ataupun “authenticate” apa jua dakwaan2 yang telah dibuat terhadap kandungan torah dan injil atau apa sahaja kitab2 lain yang dikatakan sebagai ajaran sebenar yang di kehendaki oleh Allah.


“Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Qur'an) yang membenarkan (musaddiqa) apa yang ada padamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa”
[2:41]

Tidak kurang 13 ayat al-quran lain yang menjelaskan kepentingan “musaddiqa”. Isu ini sangat signifikan dan perlu mendapat perhatian yang lebih mendalam kepada pengkaji Al-Quran.Sila lihat: [2:89], [2:91], [2:97], [2:101], [3:3], [3:50], [3:81], [4:47], [5:46] [5:48], [6:92], [10:37], [12:111]

Al-Quran datang sebagai neraca atau penanda aras (benchmark). Apa jua dakwaan yang dibuat tentang sesuatu fakta yang dikatakan datangnya dari Allah hendaklah lulus ujian penanda aras.

Walaubagaimanapun 99.9% umat islam tidak menjadikan Al-Quran sebagai benchmark ataupun penanda aras sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Terdapat ajaran-ajaran yang tiada asas didalam al-quran turut menjadi sebahagian dari ajaran yang dikatakan datang dari Allah.

Terdapat bukti2 yang kukuh menunjukkan lebih 99.9% umat islam tidak lagi mengikuti ajaran Ibrahim atau Millah Ibrahim secara tulin, tetapi mencampur adukkannya dengan ajaran “millata-hum” (kepercayaan Yahudi dan Nasrani). Dari Pak Lah hinggalah kepada Nik Aziz, kesemuanya terkena bahang “millata-hum” tanpa mengira fahaman politik maupun mazhab. Hakikatnya “millata-hum” telah sebati dengan millata ibrahim…”

Bersambung ke Bhg. 4...

[2] Sad-Dal-Qaf = to be truthful, true, sincere, speak the truth, establish or confirm the truth of what another has said, verify, keep faith, observe a promise faithfully, fulfill, speak veraciously, hold anyone as trustworthy. sadaqa fi al-qitaali - to fight gallantly. tsaddaqa - to give alms. sidqun - truth, veracity, sincerity, soundness, excellence in a variety of different objects, salubrious and agreeable, favourable entrance, praise. saadiqun - one who is true and sincere, one who speaks the truth. saadiqah - perfect woman. sadaqat (pl. saduqaat) - dowry. siddiiq - person who is trustworthy, sincere. saddaqa - to confirm, verify, fulfil. asdaqu - more true.

Musaddiqun / Musaddiqan (acc./ ap-der. m. sing. II.):' Fulfilling; Confirming one.
Musaddiqiin (ap-der, m. sing. II. gen.): Confirming one.

Lane Lexicon’s, V4, p: 390, 391, 392, 393
http://www.studyquran.co.uk/PRLonline.htm


Millata-Ibrahim atau Millata-hum ? - Bhg. 2

"...Mereka bertindak dengan secara lebih agresif dengan mengubah kitab-kitab ini dengan menokok tambah ayat-ayat baru. Kitab2 dan kerangka shariat yang baru ini telah didakwa sebagai ajaran Allah (haza min 'indillah). Hakikatnya, kitab2 dan kerangka shariat yang baru ini, tidak lagi meneruskan misi tauhid Ibrahim..."

---------------

Sikap Pendokong “Millata-hum”

Allah telah memperingatkan Nabi Muhammad dan pengikutnya supaya jangan sekali2 mengikuti “millata-hum” kerana kepercayaan dan amalan mereka samasekali tidak akan mendapat perkenan dariNya.

Walaupun Allah telah menurunkan Torah dan Injil kepada Nabi Musa dan Isa, iaitu nabi2 yang datang selepas nabi ibrahim, namun pengikut2 mereka tidak lagi berupaya membaca kitab2 tersebut dengan cara membacanya dengan sebenar-benar bacaan (haqqa tilawatih). Mereka menjadikan agama yang diberi nama “Yahudi” dan “Nasrani” sebagai ajaran agama versi tersendiri dengan mencampur adukkannya dengan kepercayaan greek, babilon, mesir tua dan pelbagai adat-istiadat yang tiada kaitan sebagaimana yang tertulis didalam kitab Allah.


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (millata-hum). Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [2:120-121]

Pendokong “Millata-hum” mengubah Ayat Allah sesuka hati

Mereka bertindak dengan secara lebih agresif dengan mengubah kitab-kitab ini dengan menokok tambah ayat-ayat baru. Kitab2 dan kerangka shariat yang baru ini telah didakwa sebagai ajaran Allah (haza min 'indillah). Hakikatnya, kitab2 dan kerangka shariat yang baru ini, tidak lagi meneruskan misi tauhid Ibrahim.

Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan. [2:79]


Bersambung ke Bhg. 3…


Saturday, April 12, 2008

Millata-Ibrahim atau Millata-hum ? - Bhg. 1

"...bukti2 yang kukuh menunjukkan lebih 99.9% umat islam tidak dapat menghayati ajaran Ibrahim atau Millah Ibrahim secara tulin, tetapi mencampur adukkannya dengan ajaran "millata-hum" (kepercayaan Yahudi dan Nasrani). Dari Pak Lah hinggalah kepada Nik Aziz, kesemuanya terkena bahang “millata-hum”, tanpa mengenal fahaman politik maupun mazhab. Hakikatnya sebahagian ajaran “millata-hum” telah sebati dengan millata-ibrahim…”

----------------------

Millata-Ibrahim

Qur'an merujuk kepercayaan atau anutan Nabi Ibrahim sebagai Millah [1] Ibrahim. Dia bukan Yahudi mahupun Nasrani.


وَقَالُواْ كُونُواْ هُودًا أَوْ نَصَارَى تَهْتَدُواْ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Dan mereka berkata: "Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk". Katakanlah: "Tidak, bahkan (kami mengikuti) agama Ibrahim (millata-ibrahim) yang lurus. Dan bukanlah dia (Ibrahim) dari golongan orang musyrik". [2:135]

Allah s.w.t selanjutnya menggesa Nabi Muhammad dan pengikutnya supaya mengikuti millah ibrahim.


قُلْ صَدَقَ اللّهُ فَاتَّبِعُواْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Katakanlah: "Benarlah Allah". Maka ikutilah agama Ibrahim (millata-ibrahim) yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik. [3:95]


“Millata-hum”

Millata-hum [2:120] adalah lawan millata-ibrahim. Ia adalah ajaran yang dibawa oleh pendita Yahudi dan Nasrani tetapi didakwa sebagai ajaran Allah. Pada satu ketika, pendita Yahudi dan Nasrani menggesa Nabi Muhammad mengikuti ajaran mereka kerana "kononnya" Nabi Ibrahim adalah pengasas ajaran2 tersebut.

Ada baiknya disini kita meneliti diri masing2 apakah kita benar2 menyusuri millah ibrahim atau “millata-hum” ?

Sikap Pendokong “Millata-hum”

Allah telah memperingatkan Nabi Muhammad dan pengikutnya supaya jangan sekali2 mengikuti “millata-hum” kerana kepercayaan dan amalan mereka samasekali tidak akan mendapat perkenan dariNya.

Walaupun Allah telah menurunkan Torah dan Injil kepada Nabi Musa dan Isa, iaitu nabi2 yang datang selepas nabi ibrahim, namun pengikut2 mereka tidak lagi berupaya membaca kitab2 tersebut dengan cara membacanya dengan sebenar-benar bacaan (haqqa tilawatih). Mereka menjadikan agama yang diberi nama “Yahudi” dan “Nasrani” sebagai ajaran agama versi tersendiri dengan mencampur adukkannya dengan kepercayaan greek, babilon, mesir tua dan pelbagai adat-istiadat yang tiada kaitan sebagaimana yang tertulis didalam kitab Allah.


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (millata-hum). Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [2:120-121]

Bersambung…


[1] Miim-Lam-Lam = to dictate, embrace a religion, creed/faith.
millah n.f. - 2:120, 2:130, 2:135, 3:95, 4:125, 6:161, 7:88, 7:89, 12:37, 12:38, 14:13, 16:123, 18:20, 22:78, 38:7
amalla vb. (IV) impf. act. 2:282 x3
Lane Lexicon, V7, p: 257, 258. V8: 276, 277
http://www.studyquran.co.uk/PRLonline.htm



Tuesday, April 8, 2008

Selamat Datang ke MARIBINCANG

Salaam,

Kini, aku mau berkongsi pendapat dengan teman2 mengenai perkara yang paling sensitif iaitu "agama ". Blog sebegini memudahkan aku mengutarakan isu2 berkaitan dan sebarang komen boleh dibuat secara langsung oleh teman2 yang sudi berbicara dengan ku.

Aku dididik untuk membaca oleh orang tua ku semenjak dari kecil. Orang tua ku punyai perpustaakaan kecil pelbagai buku2. Satu set Encylopedia Americana terbitan tahun 1963 mendominasi rak buku orang tua ku disamping kitab2 kuning yang kini semuanya hampir mereput dimamah usia.

Waktu tahun2 persekolahanku, bapaku melanggan majalah seperti Reader Digest, Impact International, Aliran, Times, dan Utusan Pengguna Pulau Pinang. Beliau tidak lokek membelikan buku sekiranya aku pinta. Didikan beliau menjadikan menjadikan aku suka membaca.

Tabiat membaca menjadikan aku mula mengakses buku-buku berkenaan perbandingan agama dan diskusi yang berlegar disekitarnya. Kini aku mahu menjadikan lama ini medan dikusi soal agama iaitu soal yang paling teras bagi kebanyakan kita. Harap sudi-sudilah berdiskusi bersama. :-)