-------------------
Al-Quran sebagai Penanda Aras dan Piawai Kebenaran..
Bertolak dari kecelaruan ini Allah telah mengutuskan Muhammad untuk melakukan pembetulan (correction) kepada kecelaruan yang dihadapi oleh pengikut2 Musa dan Isa (ahlul Kitab). Kedatangan Muhammad juga membawa harapan kepada ummah yang bukan dari kelompok ahli kitab (ummiyyin).

Sebelum dari Nabi Muhammad, Al-Quran turut menjelaskan bahwa proses pembetulan juga dilaksanakan oleh Nabi Isa. Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa untuk membetulkan dakwaan-dakwaan kaum Yahudi terhadap kitab Allah sebelum Injil, iaitu Taurat. Dalam ertikata lain, Injil datang untuk mengesahkan kebenaran (musaddiqa) kandungan Taurat.
“Dan juga (aku [Nabi Isa] datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku”.[3:50]
Bersamanya di turunkan Kitab baru yang dinamakan al-Quran (The Reading). Salah satu peranan Al-Quran ialah untuk mengesahkan (musaddiqa) [2] ataupun “authenticate” apa jua dakwaan2 yang telah dibuat terhadap kandungan torah dan injil atau apa sahaja kitab2 lain yang dikatakan sebagai ajaran sebenar yang di kehendaki oleh Allah.
“Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Qur'an) yang membenarkan (musaddiqa) apa yang ada padamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa” [2:41]
Tidak kurang 13 ayat al-quran lain yang menjelaskan kepentingan “musaddiqa”. Isu ini sangat signifikan dan perlu mendapat perhatian yang lebih mendalam kepada pengkaji Al-Quran.Sila lihat: [2:89], [2:91], [2:97], [2:101], [3:3], [3:50], [3:81], [4:47], [5:46] [5:48], [6:92], [10:37], [12:111]
Al-Quran datang sebagai neraca atau penanda aras (benchmark). Apa jua dakwaan yang dibuat tentang sesuatu fakta yang dikatakan datangnya dari Allah hendaklah lulus ujian penanda aras.
Walaubagaimanapun 99.9% umat islam tidak menjadikan Al-Quran sebagai benchmark ataupun penanda aras sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Terdapat ajaran-ajaran yang tiada asas didalam al-quran turut menjadi sebahagian dari ajaran yang dikatakan datang dari Allah.
Terdapat bukti2 yang kukuh menunjukkan lebih 99.9% umat islam tidak lagi mengikuti ajaran Ibrahim atau Millah Ibrahim secara tulin, tetapi mencampur adukkannya dengan ajaran “millata-hum” (kepercayaan Yahudi dan Nasrani). Dari Pak Lah hinggalah kepada Nik Aziz, kesemuanya terkena bahang “millata-hum” tanpa mengira fahaman politik maupun mazhab. Hakikatnya “millata-hum” telah sebati dengan millata ibrahim…”
Bersambung ke Bhg. 4...
[2] Sad-Dal-Qaf = to be truthful, true, sincere, speak the truth, establish or confirm the truth of what another has said, verify, keep faith, observe a promise faithfully, fulfill, speak veraciously, hold anyone as trustworthy. sadaqa fi al-qitaali - to fight gallantly. tsaddaqa - to give alms. sidqun - truth, veracity, sincerity, soundness, excellence in a variety of different objects, salubrious and agreeable, favourable entrance, praise. saadiqun - one who is true and sincere, one who speaks the truth. saadiqah - perfect woman. sadaqat (pl. saduqaat) - dowry. siddiiq - person who is trustworthy, sincere. saddaqa - to confirm, verify, fulfil. asdaqu - more true.
Musaddiqun / Musaddiqan (acc./ ap-der. m. sing. II.):' Fulfilling; Confirming one.
Musaddiqiin (ap-der, m. sing. II. gen.): Confirming one.
Lane Lexicon’s, V4, p: 390, 391, 392, 393
http://www.studyquran.co.uk/PRLonline.htm
1 comment:
Assalamualaikum,
Saya amat tertarik dgn kenyataan Aqil apabila membidas ttg isu yg diutarakan. i agree 110% with him. U should know who is are u. Dont talk or describing about other person or individu. Pada Nik Aziz tu kita dah boleh nampak betapa dia seorang hamba Allah yg better lagi dr kita semua. Dan saya sendiri percaya bahawa saudara sendiri mungkin tidak seperti nik aziz untuk membicarakan tntg prkara ini.(dr segi kefahaman islam dan semestinya ideologi). Perhatikan diri sendiri sbelum org lain.
Wassalam
^jika takut akan risiko,
usah bicara soal jihad.^
-Saifullah-
Post a Comment