Monday, April 14, 2008

Komentar terhadap Sdr Ayman dan Aqil

Sdr Abu Ayman agak tertekan dengan artikel yang diketengahkan. Reaksi pening beliau adalah biasa sebenarnya. Apabila sesuatu perkara yang baru datang dari di luar kerangka pemikiran harian, maka kita yang tidak biasa, akan tersentak dengan perkara tersebut.

Macam Mat Salleh yang tak biasa makan durian, muntah kerana tak tahan dengan baunya, tapi itu tidak bermakna durian tidak bagus atau durian itu beracun.

Terimakasih kerana memberikan komen. Beliau menyebut pasal cinta kepada Islam. Saya bersetuju kita perlu cinta kepada agama. Tapi cinta yang "melulu" tidak akan membawa kita kemana. Sebagai contoh, paderi Kristian pun menyintai agama mereka. Sami Buddha pun menyintai agama mereka. Dalam ertikata lain, cinta sahaja tidak memadai. Cinta perlu disokong dengan realiti, fakta dan analisa agar cinta itu terus bertahan."

Untuk makluman Sdr Aqil pula, saya tidak memetik mana-mana artikel orientalis buat masa ini sebagai sumber penulisan kepada siri artikel yang bertajuk "Millata-Ibrahim atau Millata-hum". Penulisan ini hanya menggambarkan proses pemikiran dan percambahan pemahaman yang sedang berlaku dalam minda penulis..."

No comments: