Tuesday, April 15, 2008

Reply by Aqil - Part 2

Reply by Sdr Aqil - Part 2

---------------

Saya masih ragu-ragu berkenaan 99.9% yg dinyatakan. Mungkin 0.01% tersebut hak milik saudara dan pendokong-pendokong yg sewaktu dengannya. Adakah ianya bersandarkan kpd kajian yg valid atau adakah ianya provokasi atau angan-angan semata-mata. Membuat tuduhan tanpa mendtgkan bukti dan fakta adalah sesuatu yg tidak boleh dimaafkan dlm apa jua keadaan.

Sekiranya memang statement tersebut memang datangnya dari penulis blog sendiri, saya amat meyakini bahawa ianya bukanlah datang secara spontan, tetapi setelah melalui pembacaan tanpa guru yang bersifat konsisten yang memakan tempoh yang lama sehingga metod kritikan 110% mengatasi metod pendokong "millatahum" orientalis. (Sila rujuk karya-karya orientalis yg ribuan jumlahnya)

Perbahasan dan kritikan tanpa kaedah-kaedah yang boleh diterima terutamanya di kalangan ilmuan hanya boleh dilihat dan didengar sekadar halwa telinga dan mata tanpa perlu diperdebatkan secara serius.

Saya turut simpati dgn sindiran sinis yg dilemparkan kpd Abu Ayman (dont know who). Kejanggalan saudara mengemukakan kritikan istidlal nas secara tepat seumpama mempersembahkan durian D24 kpd Mat Saleh dgn persembahan yg amat menarik disamping menyelitkan racun paraquat di dalamnya bertujuan menarik dan membunuh...bukan hanya setakat like usual Mat Saleh makan durian.

Berani kerana benar. Kebenaran yang hakiki datangnya dari Tuhanmu. Wallahu a'lam. Wabillahi taufiq wal hidayah.

Regards,

Aqil Ali

No comments: