Salaam,
Kini, aku mau berkongsi pendapat dengan teman2 mengenai perkara yang paling sensitif iaitu "agama ". Blog sebegini memudahkan aku mengutarakan isu2 berkaitan dan sebarang komen boleh dibuat secara langsung oleh teman2 yang sudi berbicara dengan ku.
Aku dididik untuk membaca oleh orang tua ku semenjak dari kecil. Orang tua ku punyai perpustaakaan kecil pelbagai buku2. Satu set Encylopedia Americana terbitan tahun 1963 mendominasi rak buku orang tua ku disamping kitab2 kuning yang kini semuanya hampir mereput dimamah usia.
Waktu tahun2 persekolahanku, bapaku melanggan majalah seperti Reader Digest, Impact International, Aliran, Times, dan Utusan Pengguna Pulau Pinang. Beliau tidak lokek membelikan buku sekiranya aku pinta. Didikan beliau menjadikan menjadikan aku suka membaca.
Tabiat membaca menjadikan aku mula mengakses buku-buku berkenaan perbandingan agama dan diskusi yang berlegar disekitarnya. Kini aku mahu menjadikan lama ini medan dikusi soal agama iaitu soal yang paling teras bagi kebanyakan kita. Harap sudi-sudilah berdiskusi bersama. :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment